Kelas Basic ICT (Internet & Pengenalan Komputer), E-Learning & Klik Dengan Bijak (Buli Siber)
4 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 3 Oktober 2020 (sabtu), jam 10:30 pagi sehingga 11:00 pagi telah diadakan kelas Basic ICT, E-Learning dan Klik Dengan Bijak (Buli Siber) secara individu bertempat di bilik latihan PI Tanjong Bowang. Pelajar diberi pengenalan berkenaan dengan komputer agar mempunyai kefahaman tentang asas komputer dan cara menggunakannya dengan betul serta diajar cara mengakses maklumat dengan betul melalui internet. Selain itu, pelajar juga diberi penerangan tentang cara menggunakan jari yang betul ketika menaip melalui Typingclub yang merupakan platform latihan untuk belajar menaip. Turut disertakan maklumat Klik Dengan Bijak untuk memberi kesedaran dan kefahaman dalam pembulian siber secara alam maya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: